:: Arysha 's Blog ::
The Princess

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Bias

Annyeonghaseyo. Welcome to my blog . Do follow . :) I'm sorry if I do many mistakes :) I'm kpopper and please be respect me . :D


Tagboard!

Kalau nak exchange link , sila inform saya di Cbox . Mohon , tiada perkataan yang boleh megguris hati saya dan orang lain . Jika ada pertanyaan sila tanya melalui Cbox :) Jangan Follow Blog INI !!
Jom Klik ! :)

My Tweets :)





My Chingu !


Segmen (Pertama)_ My Bias Is My Prince_by Filzah

Klik Banner tu kalau nak join :)



Pada suatu petang yang redup ....sambil menikmati secawan teh dan menikmati pandangan pantai yang indah di kafe Tous les Jours ( kedai sebenar Eun Hyuk ni ) ,  aku terlihat dia bersama dengan kakaknya . Aku segera mengalihkan pandanganku kearah yang bertentangan kerana aku malu untuk berhadapan dengannya . Jejaka yng tampan tadi ialah sahabat karib aku sendiri . Aku sudah lama jatuh cinta dengannya tapi dia tidak pernah sedari kewujudan aku walaupun aku adalah orang yang paling dekat dengannya .

Baru-baru ni , aku tersedar yang dia dekat dengan perempuan lain . Aku berasa kecewa kerana aku lihat dia dengan perempuan mesra yang lain macam . Aku seperti putus asa untuk mendapatkan cinta Eun Hyuk . Semenjak itu juga aku menjauhkan diri ku kerana aku tak mahu hati aku terluka .

Kadang -kadang aku terfikir juga sama ada dia perasan atau tidak bahawa aku dengan dia sudah seperti tidak berkawan lagi . Aku dia sibuk kerana dia seorang yang terkenal dan juga seorang penyanyi  . Berbea denganku yang cuma menjadi manusia biasa saja . Oleh kerana  ibu bapa kami berkawan , kami juga berkawan . Lagipun , aku dan Eun Hyuk berkawan dari sejak kecil lagi . Itu jugala yang membuatkan aku jatuh cinta dengannya .


 Pada suatu pagi , aku terserempak dengan Eun Hyuk . Kebetulan , rumah aku tidak jauh dari rumahnya . Waktu itu , aku sudah terlewat untuk pergi ke kelas . Aku terlanggar si dia . Secara tidak sengaja , aku tercium pipinya . Aku dapat merasakan jantung aku berdegup dengan kencang sekali . Eun Hyuk terus menarik tanganku dan dia senyum kepadaku . "Hai , dah lama kan tak jumpa?" . " Erm , dah lama tak jumpa , lagipun aku kan sibuk menyiapkan assignment". " Hurmm , petang nanti nak tak kita keluar makan bersama-sama?". Aku terus menjawab ya .

 Aku berasa sangat gembira kerana ini pertama kali Eun Hyuk mengajak ku keluar berdua tanpa rakan yang lain . Aku menunggu Eun Hyuk di kafe Mouse Rabbit iaitu kafe Yesung , kafe kawan baik kami juga . Baru aku teringat , hari ni ialah hari jadiku . Aku berasa adakah Eun Hyuk ingat akan hari jadiku . Aku mengelamun sendirian . Tak lama lepas itu , Eun Hyuk pun datang .


Aku terpegun melihat Eun Hyuk berpakaian sungguh kemas dan segak . Eun Hyuk memberikan sejambak bunga ros padaku . Aku berasa sungguh terharu , lalu Eun Hyuk mengucapkan selamat  hari jadi padaku . Lalu , dia pun meluahkan perasaannya padaku .  Dia katakan padaku bahawa dia cintakan aku . Lalu , dia pun mencium aku . Aku berasa sungguh terkejut . Aku berpura-pura marah padahal hatiku  berasa  sungguh bahagia yang tak terhingga kerana dicium oleh lelaki yang aku cintai  . Selepas itu , dia bertanya padaku , adakah aku ingin menjadi kekasihnya . Tanpa berfikir panjang aku terus mendakap Eun Hyuk dan menjawab ya . 


Lalu , kawan yang lain juga clapping dan ada juga yang mengucapkan tahniah padaku . Kawan -kawan kami yang lain juga telah menyediakan kek coklat yang sangat sedap untukku . Aku mendapat tahu yang sebenarnya Eun Hyuk sendiri yang membuat kek itu untuk aku  . Ahh , terasa dunia ini
 sungguh indah kerana berpeluang menjadi kekasih Eun Hyuk .


 Rasa bahagia yang ada di hatiku ni hanya Tuhan saja yang tahu . Ternyata selama ni , aku berfikir menjadi kekasih Eun Hyuk hanyalah angan-angan tetapi sekarang semua itu sudah menjadi kenyataan . Aku fikir , aku tidak akan melihat lagi Eun Hyuk di sisiku tetapi kini , setiap hari Eun Hyuk akan sentiasa di sisiku dan memberikan senyuman manisnya untukku .




-The End-





Saya nak tag : Inspirit's Baby .
Saya mohon ya , jangan ada siapa yang geli pulak baca citer ni . Semua ni hanya rekaan . Semuanya tercetus dari dalam fikiran sendiri  . Ehehe :)  Semoga ada yang join . Saya minta maaflah kalau citer saya ni tak best . Ehehe . Saya ada buat perubahan sikit . Ehehe . Hope korang suka . *Sebelum ni , citer dia lain sikit , saya tambah yang lain sikit*
P/S : PENAT GILER FIKIR NAK REKA CITER YANG CAMNE DAN HASILNYA BEGINILAH ! :)